IKLAN Tanjong Selatan Sarawak

Wednesday, 9 March 2011

RM 6 juta untuk Sekolah Kampung Tellian Mukah

Uzur dan daif.... SK Telian dapat bangunan baharu

oleh Elfielfa

MUKAH – Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian akan diharap akan dibina dalam masa yang terdekat ini bagi mempercepatkan penyediaan tempat untuk menimba ilmu anak-anak kecil yang sedang dalam proses belajar bermula dari kelas Pra-Sekolah hinggalah ke Darjah Enam .

Disiarkan khabar merayu dan menagih peruntukkan untuk tujuan tersebut sehingga disiar di dalam beberapa buah media massa baru-baru ini sehingga beberapa hari lepas beberapa orang ketua masyarakat dan rata-rata penduduk di Kampung Tellian di Bahagian Mukah Sarawak di sini gembira sekali dengan pengumuman bahawa belanja sebanyak RM6 Juta diluluskan oleh Pejabat Perdana Menteri di Kuala Lumpur untuk tujuan membina bangunan pentadbiran dan kelas bagi peringkat pertama supaya bangunan baru itu tersebut terlaksana.

Semenjak dalam tempoh enam tahun lepas pelajar-pelajar Sk Kampung Tellian duduk belajar di bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah di bandar berdekatan dengan tapak lokasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah namun satu berita yang paling mengembirakan telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SK Kampung Tellian (PBPSKT) Encik Robin Bin Junang yang mana Pejabat Perdana Menteri dari Putra Jaya Kuala Lumpur telah mengumumkan bahawa sebanyak RM6 juta akan diluluskan untuk membangunkan semula bangunan Sekolah baru SK Kampung Tellian sekarang.

Robin Junang yang dihubungi ketika berada di Kuching masa ini turut memberitahu melalui pesanan ringkas (SMS) mengesahkan bahawa berita gembira ini adalah sebuah berita yang perlu diketahui oleh seluruh penduduk Kampung Tellian samaada para pelajar mahupun Ibu bapa.

“Inilah satu usaha permintaan dari kita penduduk di Kampung Tellian selain turut mendapat sokongan serta bantuan padu daripada pemimpin kita Dato Sri Muhammad Leo Abdullah yang langsung menemui Perdana Menteri Datuk Najib baru-baru ini.

“Hadiah ini paling berharga untuk kepentingan serta keperluan seluruh rakyat untuk terus mempunyai semanggat memperjuangkan ilmu pengetahuan yang sentiasa tidak henti-henti ditimba malah terus mempercayai keperihatinan daripada para pemimpin serta kerajaan khasnya”, kata Robin.

Menurut Robin lagi, kita berharap bangunan SK Kampung Tellian yang baru ini dibangunkan dengan cepat di lokasi tapak tanah seluas lebih 10 ekar berdekatan dengan tapak bangunan Sekolah lama Sk Kampung Tellian yang tidak digunakan lagi.

Penghulu Lai Mayer Gabong, Penghulu Kampung Tellian yang baru dilantik bagi mengantikan Penghulu Brahim @ Jack Maya (mendiang) sebagai ketua masyarakat di Kampung Tellian turut menyatakan rasa sungguh gembira dengan pengumuman daripada Pejabat Perdana Menteri yang memberitahu bahawa SK Kampung Tellian yang baru akan dibina dengan kos RM6 juta itu.

“Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan dan berharap agar bangunan sekolah itu nanti dibina dengan cepat dan seawal yang mungkin dari sekarang. Semua penduduk di Kampung Tellian di sini menerima hadiah yang besar daripada kerajaan untuk kegunaan anak-anak dan cucu-cucu mereka yang mana setelah digunakan siap kelak, maka dengan berjalan kaki pun kanak-kanak sekolah boleh sampai di lokasi bangunan sekolah baru itu”,jelas Lai.

Robin Junang yang sering melaung-laungkan permintaan pembangunan bangunan sekolah baru ini setelah bangunan lama tidak selamat untuk digunakan sejak beberapa tahun sebelum ini tentunya turut menerima khabar yang paling mengembirakan dan berharap agar penduduk di kampung agar terus menyokong pimpinan Kerajaan yang sedia ada sekarang untuk meneruskan perjuangan pembangunan yang baru serta yang berlainan pula di Kampung Tellian pada masa akan datang.

Credit Sarawak Update

Sepatutnya dah lamak sekolah-sekolah nok bangunannya terdiri dari papan kedak tok dah diubah structurenya, sikkan waktu nak ngundi baru nak nampak. Takut lak rakyat borink bah.

Pihak bertanggungjawab sepatutnya dah polah apa-apa yang patut dan dimaklumkan kepada pihak kerajaan supaya hal dak tok boleh dipercepatkan.

No comments:

Post a Comment